Monday, October 12, 2009

MAMPUKAH ANAK SEDARAKU SEHEBAT ADIPUTRA???



Hebat sungguh si ADIPUTRA. Semoga anak-anak sedaraku dapat mengikut jejak langkah ADIPUTRA.

Sunday, October 11, 2009

PESTA MAKAN SANA SINI


Ramadhan adalah bulan umat Islam menahan lapar dan dahaga demi beribadah kepada Allah. Bermulanya langkah ke 1 Syawal, pesta menahan lapar dan dahaga ini bagai dilupakan dan pergi begitu sahaja.
Ku lihat di sekelilingku terlalu banyak pesta makan di merata tempat. kadang-kadang aku mula keliru bila memikirkan adakah ini ibadah atau ghairah????
Pun begitu aku tidak dapat mengelak dan menghalang budaya ini daripada mula menjalar ke pemikiran setiap muslim terutama di negaraku ini. Memberi makan kepada tetamu juga sedekah dan setiap tetamu yan hadir ke rumah kita membawa 1000 rezeki dan 1000 maghfirah. Moga majlis rumah terbuka ini benar-benar ada pengisiannya. Perlu berhati-hati agar rezeki dan maghfirah ini tidak pula menjadi pembaziran bila terlalu banyak tong sampah yang kenyang.

fikir-fikirkan.....

Saturday, October 10, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Kelahiran ke dunia. membawa satu amanah dari sang pencipta. setiap tahun semakin meningkat umur seseorang manusia termasuklah diri ini.
kelahiran mencipta kehidupan. menjengah erti hidup dan peranan di bumi Allah ini adalah tanggungjawab bagi yang masih bernyawa. hidup berakhir dengan kematian. semakin banyak bekalan semakin beruntunglah seseorang insan.
di hari kelahiranku ini, aku merenung jauh tentang apa yang dibelakang ku yang telah aku tinggalkan atau di hadapanku yang masih belum pasti apa yang akan berlaku.

yang berlalu telah ditinggalkan... yang mendatang sering dirisaukan. harapanku semoga Allah sering memberiku ketenangan dan sinar harapan dalam setiap yang aku lakukan.... Amin ya rabbal alamin...