Sunday, October 11, 2009

PESTA MAKAN SANA SINI


Ramadhan adalah bulan umat Islam menahan lapar dan dahaga demi beribadah kepada Allah. Bermulanya langkah ke 1 Syawal, pesta menahan lapar dan dahaga ini bagai dilupakan dan pergi begitu sahaja.
Ku lihat di sekelilingku terlalu banyak pesta makan di merata tempat. kadang-kadang aku mula keliru bila memikirkan adakah ini ibadah atau ghairah????
Pun begitu aku tidak dapat mengelak dan menghalang budaya ini daripada mula menjalar ke pemikiran setiap muslim terutama di negaraku ini. Memberi makan kepada tetamu juga sedekah dan setiap tetamu yan hadir ke rumah kita membawa 1000 rezeki dan 1000 maghfirah. Moga majlis rumah terbuka ini benar-benar ada pengisiannya. Perlu berhati-hati agar rezeki dan maghfirah ini tidak pula menjadi pembaziran bila terlalu banyak tong sampah yang kenyang.

fikir-fikirkan.....

No comments:

Post a Comment